Resipi Nasi Ayam Hainan / Hainan Chicken Rice Sedap

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang Resipi Nasi Ayam Hainan / Hainan Chicken Rice Sedap yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai Resipi Nasi Ayam Hainan / Hainan Chicken Rice Sedap yang perlu Anda ikuti.


Nasi Ayam Hainan

Bahan-bahan
1 ekor ayam jangan buang kulit, cuci bersih
1 periuk air (anggaran 6 liter) hingga tenggelam ayam
1 sudu besar stock ayam
1 ikat daun bawang - simpul
2 inci halia - ketuk
1 ikat daun ketumbar dengan akarnya
garam secukup rasa

Untuk perapan :  Minyak Bijan dan Kicap Cair

Penyediaan :
  1. Masak air hingga mendidih bersama bahan di atas.  Kemudian masukkan ayam . Masak anggaran 30 min dengan api sederhana. 
  2. Angkat ayam. Rendam dalam air berisi ais selama 15 min. Angkat, dan toskan.
  3. Kemudian sapu ayam dengan minyak bijan dan kicap soya cair.
  4. Air Rebusan Ayam di bahagi dua, satu bahagian di masuk ke dalam nasi dan satu bahagian di jadikan sup ayam.  Keluarkan bahan-bahan dalam air rebusan tadi.
Nasi Ayam
3 cawan beras, cuci dan toskan
5 cawan air rebusan ayam tadi
1 inci halia - ketuk
3 ulas bawang putih - ketuk
4 ulas bawang merah kecil - ketuk
4 helai daun pandan
sedikit lemak ayam - optional
1 sudu besar marjerin
2 sudu besar minyak masak

Penyediaan :
Panaskan minyak, marjerin dan lemak ayam.  Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan daun pandan hingga naik bau.
Masukkan beras, kacau hingga sebati dan kekuningan dan airnya kering. Masukkan kedalam periuk nasi letrik bersama air rebusan ayam dan sedikit air.  Apabila masak gemburkan nasi tadi.

Untuk Sup
Air rebusan ayam tadi dididihkan, Masukkan 1 kuib ayam.
Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng ketika di  hidang.

Sos Cili
5 tangkai cili merah
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar jus limau nipis
1/2 botol Sos Cili Thai

Kisar cili merah, halia. bawang putih dan jus limau. Masakkan dalam periuk. Masukkan gula, garam dan sos thai.  Masak sebentar hingga gula larut.

Sos Kicap
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
5 sudu besar air rebusan ayam
1 sudu kecil gula

Satukan semua bahan, didihkan dalam periuk.

Pelengkap Hidangan :  Tomato, Timun dan Daun Salad

Nasi Ayam Hainan
itulah Resipi Nasi Ayam Hainan / Hainan Chicken Rice Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.