Resipi Sup Kambing Berempah yang sangat Sedap Sedap

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang Resipi Sup Kambing Berempah yang sangat Sedap Sedap yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai Resipi Sup Kambing Berempah yang sangat Sedap Sedap yang perlu Anda ikuti.


Sup Kambing Berempah yang sangat Sedap
Resipi :  Chef Fazalina

Bahan-bahan
1 1/2kg tulang kambing + daging, cuci bersih
2 labu bawang besar - potong wedges
3 inci halia - ketuk
2 batang serai - ketuk
2-3 tangkai cili padi, jika suka
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
2 keping asam keping
4-5 liter air

Bahan Tumis
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
10 biji bawang merah - mayang
sedikit minyak

Bahan Rempah
1 sudu makan rempah kurma
2 sudu makan rempah sup
1/2 sudu makan lada hitam di tumbuk
sedikit air
Satukan semua bahan rempah dengan air menjadi pes

Bahan Tumbuk
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan Tabur
Bawang goreng, daun bawang dan daun sup di hiris

Penyediaan :
  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumis hingga bawang merah keperangan.
  2. Masukkan bahan kisar, masak sebentar, kemudian masukkan pes rempah.  Kacau sesekali dan biarkan rempah masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan tulang + isi kambing, gaulkan dengan rempah.
  4. Kemudian masukkan air dan serai.  Renehkan hingga daging tulang empuk.  Tambah air jika perlu.
  5. Bila tulang dah empuk, masukkan serbuk pati ayam, asam keping, garam, bawang besar, cili padi. Biarkan kuah mengelegak.  Boleh tutup api.
  6. Tabur dengan bahan tabur ketika menghidang.
Note :  Boleh tambahkan kentang, carrot dan celery.  Ini di masukkan di no. 3

Sup Kambing Berempah yang sangat Sedap
itulah Resipi Sup Kambing Berempah yang sangat Sedap Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.