Resipi Nasi Goreng Pattaya Sedap

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang Resipi Nasi Goreng Pattaya Sedap yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai Resipi Nasi Goreng Pattaya Sedap yang perlu Anda ikuti.


Nasi Goreng Pattaya

Bahan-bahan
2 cawan nasi putih sejuk
1 cawan isi ayam dan udang - di cincang
1 biji telur - pukul ringan
3 sudu besar sayur campur
3 tangkai cili padi - ketuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil kicap
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
Garam dan kiub ayam secukup rasa

Kisar / Tumbuk Halus
1/2 labu bawang besar 
3 ulas bawang putih

Telur Dadar : 2 biji telur + sedikit garam (pukul ringan)

Cara Membuatnya :
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang yang diblend hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam dan udang, kacau hingga masak.
  3. Tuang telur, kacau hingga masak.
  4. Masukkan sos tiram, sedikit kiub ayam, kicap, sos cili, garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan sayur campur dan cili padi, kemudian masukkan nasi.  Gaul rata.
  6. Taburkan serbuk lada hitam dan kacau hingga sebati. Goreng sehingga masak, kemudian angkat.

Cara membungkus nasi dengan telur :
  1. Satukan telur dan sedikit garam. Pukul sehingga sebati. 
  2. Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar minyak.  Ratakan minyak hingga keseluruh permukaan kuali.
  3. Bila minyak betul-betul panas, masukkan/tuangkan telur secara berpusingan bermula dari atas hingga ke tengah kuali. Pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali.  Bila telur bahagian atas hampir kering, tutup api dan masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih dalam kuali.
  4. Lipat setiap penjuru telur berbentuk segiempat.
  5. Ambil pinggan kosong, telungkupkan di atas telur dan terbalikkan kuali dan sambut nasi goreng yang berbungkus nasi secara berhati-hati.

Nasi Goreng Pattaya
itulah Resipi Nasi Goreng Pattaya Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.