Kuih Lapis Ubikayu Pelangi
Bahan-bahan
800gm parutan ubi kayu
100gm kelapa parut muda
1 sudu besar tepung ubi
300 ml air
200gm gula pasir
1/2 sudu teh garam
Pewarna merah, kuning dan hijau
Loyang 7x7 atau 8x8in - alas daun pisang atau plastik tahan panas
1/2 biji kelapa parut putih
1/2 sudu teh garam
Gaul dan kukus selama 10 minit.
Penyediaan :
- Satukan semua bahan kecuali pewarna, gaul hingga rata.
- Bahagikan kepada 3 mangkuk yang sama banyak.
- Beri warna merah, kuning dan hijau setiap adunan, kacau rata.
- Masukkan adunan hijau, ratakan di dalam loyang. Kukus selama 15 minit.
- Kemudian ratakan adunan kuning, kukus 15 minit.
- Akhir sekali, ratakan adunan merah, tutup loyang dengan alumium foil dan kukus selama 30 minit.
- Sejukkan dahulu sebelum di potong menggunakan pemotong plastik.
- Kemudian gaul dengan kelapa parut.
Kuih Lapis Ubikayu Pelangi
itulah Resipi Kuih Lapis Ubikayu Pelangi Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.