Kerabu Manga Ala Thai
Bahan-bahan
2 biji mangga muda di sagat atau racik halus
1 kuntum bunga kantan dihiris halus
4 biji bawang merah dihiris halus
1 sudu besar udang kering, direndam dan tumbuk halus
1 biji tomato, di hiris atau 6 biji tomato cherry di belah 2
2 tangkai cili merah atau cili padi dihiris halus
1 batang serai dihiris halus
2 sudu makan sos ikan atau jus limau nipis
Gula dan garam secukupnya
Kacang tanah secukupnya digoreng dan ditumbuk kasar
2 tangkai daun ketumbar di hiris halus
Penyedian :
Satukan kesemua bahan dalam mangkuk besar, masukkan gula, garam dan sos ikan secukupnya.
Gaul rata, sedia di hidang.
Kerabu Manga Ala Thai
itulah Resipi Kerabu Manga Ala Thai Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.