Resipi Acar Buah Sedap

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang Resipi Acar Buah Sedap yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai Resipi Acar Buah Sedap yang perlu Anda ikuti.


Acar Buah
Sumber :  Atie Jumaat

Bahan-bahan
2kg buah jeruk campuran - potong jika saiz besar
(Kana,Cherry merah, Cherry hijau, Pala, Jeruk Limau)
2 cawan kismis / raisin
4 sudu besar bijan - sangai dahulu

Bahan Masak Cuka
1 botol besar cuka makan (2 cawan)
3 cawan gula pasir
2 sudu besar garam
3 in halia - hiris memanjang
15 ulas bawang merah - belah 2
15 ulas bawang putih - belah 2
50 tangkai cili padi - jangan buang tangkai

Penyediaan :
Masukkan cuka, gula dan garam ke dalam periuk, kacau rata dan masukkan bahan-bahan lain, biar sekali mendidih.  Tutup api dan angkat.  Ketepikan dulu

Bahan Kisar halus
50 tangkai cili merah kerinting (buang biji, rebus dan kisar)
2 labu kecil bawang besar
10 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
2 inci halia
3 cawan minyak untuk menumis

Bahan Rempah
3 batang kulit kayu manis
6 kuntum bunga lawang
10 biji buah pelaga
1 sudu besar serbuk jintan putih, 1 sudu besar serbuk jintan manis, 1 paket kecil rempah kari ikan, 1 sudu kecil serbuk kunyit (Satukan semua)

Penyediaan :
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga betul-betul pecah minyak (1/2 jam) sentiasa kacau supaya tidak hangus.

Masukkan bahan rempah dan tumis selama 10 minit hingga naik bau.

Masukkan bahan masak cuka, bersama cuka sekali dan buah jeruk campuran.  Gaul rata.
Kacau sehingga kuah hampir kering tetapi jangan terlalu kering, biar berkuah sedikit, selepas beberapa jam kuah akan memekat.

Angkat dan tabur bijan.

Simpan di dalam botol kaca untuk tahan lama.  Acar Buah semakin sedap jika di simpan beberapa hari.

Acar Buah
itulah Resipi Acar Buah Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.