Resipi Sup Ekor Thai Sedap

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang Resipi Sup Ekor Thai Sedap yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai Resipi Sup Ekor Thai Sedap yang perlu Anda ikuti.


Sup Ekor Thai

Bahan-bahan
500gm ekor lembu / tulang
1 labu bawang besar - belah 2
1/2 in halia - ketuk
2 batang serai - ketuk
4 ulas bawang putih - cincang halus
3 ulas bawang merah - mayang
2 helai daun limau purut
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
6 tangkai cili padi - ketuk
2 biji Limau nipis - ambil jusnya
2 sudu besar sos ikan
1 biji Tomato - belah 4
Saderi - hiris
Bawang goreng
Daun bawang dan daun sup

Penyediaan :
  1. Cuci ekor lembu, masukkan ke dalam periuk tekanan bersama air hingga tenggelam.  Masak hingga mendidih.
  2. Tutup api, buang semua air rebusan untuk mengeluarkan lemak dan kotoran.  Cuci semula ekor lembu dan masukkan air secukupnya ke dalam periuk.
  3. Kemudian masukkan bawang besar, halia, serai, kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga.  Rebus hingga ekor empuk lebih kurang 1 jam dengan periuk tekanan.
  4. Tutup api dan keluarkan semua bawang besar dan rempah ratus.
  5. Dalam kuali kecil, goreng bawang putih, bawang merah hingga keperangan.  Masukkan daun limau purut dan cili padi.
  6. Kemudian tuang ke dalam air rebusan sup.  Biarkan mendidih seketika.
  7. Masukkan sos ikan, garam dan jus limau nipis.  Rasakan masam dan pedasnya.
  8. Untuk menghidang, masukkan hirisan tomato, saderi, bawang goreng, hirisan limau nipis, daun bawang, daun sup dan cili padi hiris jika suka pedas.

   
Sup Ekor Thai
itulah Resipi Sup Ekor Thai Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.