Kek Lapis Keju Prune
Sumber : Syapex Kitchen / Coretan dari Dapur
Bahan-bahan
400gm mentega
10 biji kuning telur
6 biji putih telur
100ml air ais
280gm gula kaster
250gm tepung Hongkong / Topflour
2 sudu kecil ovalette
250gm krim keju
5 sudu makan susu pekat
Buah Prune secukupnya
Pewarna yang di sukai
Loyang : 8x8x3in - gris dasar dan alas kertas minyak
Olesan : 2 sudu besar mentega + 1 sudu besar susu pekat
Penyediaan :
- Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan air ais hingga habis. Ketepikan.
- Dalam bekas berasingan, pukul mentega dan susu pekat hingga kembang. Kemudian masukkan krim cheese, pukul sebati dan licin jangan overbeat.
- Satukan kedua-dua adunan tadi dan gaul sebati.
- Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Satu adunan asal dan satu lagi di beri pewarna yang di sukai.
- Sudukan 6 sudu besar adunan berwarna, ratakan. Bakar api atas dan bawah pada suhu 175C selama 8-10 minit sehingga lapisan kering, tak perlu terlalu perang. Keluarkan dan tekan kek dengan perlahan menggunakan penekan kek lapis. Cucuk permukaan dengan garpu dan sapu dengan bahan olesan.
- Untuk lapisan kedua dan seterusnya, bakar menggunakan api atas saja. Sudukan 6 sudu besar adunan asal, ratakan dan tabur buah prune. Bakar selama 8-10 minit. Angkat, tekan, oles dan cucuk dengan garfu setiap kali melapis.
- Ulangi langkah 6 dan7 adunan berwarna dan asal hingga habis.
- Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil dan bakar menggunakan api atas dan bawah selama 15-20 minit supaya kek masak sepenuhnya.
Kek Lapis Keju Prune
itulah Resipi Kek Lapis Keju Prune Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.