Resipi Yee Mee Sizzling Sedap

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang Resipi Yee Mee Sizzling Sedap yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai Resipi Yee Mee Sizzling Sedap yang perlu Anda ikuti.


Yee Mee Sizzling
Sumber :  Cikgu Ani

Bahan-bahan
3 gulung Yee Mee
5 ulas bawang putih - cincang halus
1/2 inci halia - cincang halus
Ayam - di potong kecil
6 kuntum cendawan shitake kering - direndam hingga lembut dan dipotong 4
4 tangkai cili kering - di potong
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak bijan
2 sudu makan tepung jagung + secawan air
Minyak untuk menumis
4 cawan air

Cara-cara :
  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.
  3. Masukkan 4 cawan air, kalau nak kuah banyak, boleh tambah air.
  4. Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam.   Biarkan mendidih dan ayam masak.
  5. Masukkan cendawan.  Biarkan 2-3 minit.
  6. Masukkan bancuhan tepung jagung.  Gaul rata dan kuah agak pekat.
  7. Masukkan minyak bijan, gaul rata.  Tutup api.
  8. Untuk hidangan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil.  Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur.  Jika perlu, tambahkan lagi kuah.  Biarkan mee lembut dan telur separuh masak.  Tutup api dan angkat mee.  Ulang langkah 8 untuk hidangan yee mee yang lain.
Note :  Plate sizzling di buat dari besi, jangan di biarkan basah atau lembab yang akan menyebabkan plate berkarat.  Cuci dan keringkan plate di atas dapur gas sehingga betul2 kering sebelum di simpan yang tempat yang kering.

Yee Mee Sizzling
itulah Resipi Yee Mee Sizzling Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.