Jus Apple Asam Boi
Bahan
2 biji Apple Hijau
1 gelas air
Sirap gula secukupnya
5 biji asam boi putih
Ketulan ais secukupnya
Cuci apple, buang bijinya, potong kecil. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar halus. Kemudian tapis.
Masukkan sirap gula ke dalam gelas dan ais. Masukkan asam boi dan tuang jus apple.
Sedia di nikmati.
** Jika menggunakan slow juicer, buah boleh di kisar terus tanpa air dan tidak perlu di tapis. Masukkan ke dalam gelas bersama asam boi dan ketulan ais.
Jus Apple Asam Boi
itulah Resipi Jus Apple Asam Boi Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.