RESEPI AYAM MASAK MERAH SEDAP MUDAH

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang RESEPI AYAM MASAK MERAH SEDAP MUDAH yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai RESEPI AYAM MASAK MERAH SEDAP MUDAH yang perlu Anda ikuti.

AYAM MASAK MERAH SEDAP
Bahan-Bahannya:
1 ekor ayam - digaul dengan garam-kunyit dan digoreng separuh masak
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan sos cili
1 cawan santan pekat
1 hingga 2 cawan air - ikut banyak mana kuah yang dikehendaki
3 biji tomato - dibelah 4
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Bahan Kisar Halus:
6 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia

Bahan Hiris Nipis:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia


Cara-Caranya:

  • Panaskan minyak dalam kuali. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan hiris nipis hingga layu dan wangi.
  • Masukkan bahan kisar dan cili kering kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  • Masukkan sos cili. Tumis lagi hingga pecah minyak.


  • Masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Gaul rata dan biarkan seketika.
  • Masukkan air mengikut banyak mana kuah yang dikehendaki. Kacau rata.
  • Masukkan santan. Kacau rata.
  • Masukkan buah tomato, garam dan gula. Kacau rata. Masak hingga pecah minyak dan kuah pekat seperti yang dikehendaki.
  • Tutup api dan hidangkan.


itulah RESEPI AYAM MASAK MERAH SEDAP MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.