Bahan-bahannya
500 g daging - dipotong kiub. Lagi sedap kalau yang ada lemak-lemak sikit.
1/2 kg empulur batang pisang - dipotong 1 inci panjang dan dibuang tali-talinya, terus rendam dalam air untuk mengelakkan ia jadi lebam.
1 cawan santan pekat
3 cawan air
1 sudu makan kerisik
1 peket kecil rempah kari daging
2 pelepah daun kari
Bahan Tumbuk:
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Cara:
- Bubuh sedikit minyak dalam inner pot. Set stir fry. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan daun kari dan pes kari. Tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan daging, gaul rata. Masukkan 3 cawan air.
- Set HP 20 minit. Bila cukup masa, lepaskan pressure.
- masukkan batang pisang dan kerisik. HP 10 minit. Cukup masa, lepaskan pressure.
- Set stir fry. Masukkan 1 cawan santan pekat. Bila mendidih, masukkan garam dan serbuk perasa. Gaul rata. Siap.
itulah RESEPI GULAI DAGING BATANG PISANG NOXXA MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.