RESEPI SAMBAL TUMIS CILI API SOTONG MUDAH

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang RESEPI SAMBAL TUMIS CILI API SOTONG MUDAH yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai RESEPI SAMBAL TUMIS CILI API SOTONG MUDAH yang perlu Anda ikuti.

SAMBAL TUMIS CILI API SOTONG
Bahan-Bahannya:
600 g sotong - dibersihkan dan dipotong cincin
1/2 sudu makan asam jawa + 1 cawan air
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dimayang kasar
garam
serbuk perasa

Bahan Tumbuk Lumat:
2 genggam cili api
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga naik minyak.
  2. Masukkan air asam jawa. Tumis lagi hingga kuahnya kering dan naik minyak.
  3. Masukkan sotong, bawang besar, garam dan serbuk perasa. Kacau hingga rata. Masak hingga bawang layu dan sotong masak. (Jangan masak lama-lama, nanti sotong jadi liat).
  4. Tutup api dan hidangkan.


itulah RESEPI SAMBAL TUMIS CILI API SOTONG MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.