RESEPI KUIH NAGASARI MUDAH

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang RESEPI KUIH NAGASARI MUDAH yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai RESEPI KUIH NAGASARI MUDAH yang perlu Anda ikuti.

KUIH NAGASARI
Bahan-Bahannya:
5 biji pisang raja -dibelah dua atau tiga
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
5 cawan santan
2 sudu besar gula
Sedikit garam
2 helai daun pandan - disimpul
Daun pisang - secukupnya

 Daun pisang dipotong pada saiz ini dan dilayurkan atas api supaya lembut

 Pisang dikupas kulitnya dan dibelah dua atau tiga

Semua tepung beras, tepung jagung, gula, garam dan santan dicampurkan. 
Kemudian digaul sebati dan ditapis. Masukkan ke dalam periuk. 
Masukkan daun pandan dan dikacau di atas api sederhana besar hingga pekat dan berkilat.

 Ambil sesenduk adunan tepung dan letak di atas daun pisang.

 Letak sepotong pisang.

 Lapis dengan sesenduk adunan tepung. 

 Bungkus kuih dengan melipat kiri dan kanan, kemudian lipat atas dan bawahnya dengan kemas.
Ulang langkah membungkus hingga habis.
Kukus kuih selama 15 hingga 20 minit.

 Setelah kuih nagasari masak, sejukkan sebentar.

 Bolehlah dinikmati...
Walllaaaaaaaaaaaaa....


itulah RESEPI KUIH NAGASARI MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.