RESEPI SAMBAL TUMIS TERUBUK MASIN MUDAH

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang RESEPI SAMBAL TUMIS TERUBUK MASIN MUDAH yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai RESEPI SAMBAL TUMIS TERUBUK MASIN MUDAH yang perlu Anda ikuti.

SAMBAL TUMIS TERUBUK MASIN
Bahan-Bahannya:
1 ekor ikan terubuk masin - dibuang sisiknya, dipotong dan dibersihkan.
6 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan asam jawa - dicampur dengan 1 cawan air
1 biji bawang besar - dimayang bulat
garam
gula

Bahan Tumbuk Lumat:
2 ulas bawang putih
4 biji bawang merah

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan terubuk hingga masak. Ke tepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  3. Masukkan cili kering kisar. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
  4. Masukkan air asam jawa. Kacau rata.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masukkan bawang besar yang dimayang bulat. Masak hingga bawang layu.
  7. Masukkan ikan terubuk goreng tadi. Gaul rata. 
  8. Angkat dan hidangkan.


itulah RESEPI SAMBAL TUMIS TERUBUK MASIN MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.