RESEPI AIR ASAM BERKERISIK 3 MUDAH

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang RESEPI AIR ASAM BERKERISIK 3 MUDAH yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai RESEPI AIR ASAM BERKERISIK 3 MUDAH yang perlu Anda ikuti.

AIR ASAM BERKERISIK 3
Bahan-Bahannya:
** 3 biji cili merah 
** 15 cili api 
** 1 sudu makan belacan bakar
** 2 sudu teh garam
** 2 sudu teh gula
2 biji tomato - dibelah dua dan dihiris nipis
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris nipis
1 sudu makan kerisik
1 biji cili merah - dihiris bulat nipis
2 atau 3 biji limau kasturi - diambil jusnya. Kulitnya dihiris-hiris
2 sudu makan asam jawa + 1 cawan air masak - gaul dan asingkan bijinya.

Cara-caranya:
  1. Di dalam lesung, tumbuk bahan ** hingga lumat.
  2. Masukkan cili merah hiris. Lenyek-lenyekkan aje.
  3. Masukkan bawang besar. Tumbuk manja-manja aje.
  4. Masukkan tomato. Lenyek-lenyekkan aje.
  5. Masukkan kerisik ke dalam air asam.Kacau rata.
  6. Masukkan bahan tumbuk, gaul rata.
  7. Masukkan jus limau kasturi dan kulitnya yang sudah dihiris. Gaul rata.
  8. Hidangkan bersama ikan bakar... Memang sedap....
itulah RESEPI AIR ASAM BERKERISIK 3 MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.