RESEPI KARI RINGKAS IKAN TERMENUNG/IKAN KEMBUNG MUDAH

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang RESEPI KARI RINGKAS IKAN TERMENUNG/IKAN KEMBUNG MUDAH yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai RESEPI KARI RINGKAS IKAN TERMENUNG/IKAN KEMBUNG MUDAH yang perlu Anda ikuti.


KARI RINGKAS IKAN TERMENUNG/IKAN KEMBUNG
Bahan-bahannya:
4 ekor ikan termenung/ikan kembung - dipotong dua (nak buat seekor2 pun boleh)
1 peket kecil serbuk kari ikan
1 sudu makan asam jawa
2 mangkuk taufu fa air
3/4  cawan santan pekat
3 pelepah daun kari
2 sudu teh halba campur
2 biji cili hijau - dibelah dua tapi jangan putus

Bahan Hiris:
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 inci halia
Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan hiris, daun kari dan halba campur hingga kekuningan.
  2. Masukkan serbuk kari yang sudah dicampur dengan sedikit air dan cili hijau. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa dan santan pekat. Kacau rata.
  4. Masukkan ikan. Masak hingga mendidih.
  5. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  6. Masak sebentar lagi sehingga ikan masak.
  7. Tutup api dan hidangkan.


itulah RESEPI KARI RINGKAS IKAN TERMENUNG/IKAN KEMBUNG MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.