Bahan-Bahannya:
4 biji telur - digoreng mata kerbau
4 sudu makan kicap lemak masin (saya guna kicap cap angsa merah Rohaya)
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 biji bawang besar - potong bulat
1 biji cili merah - potong serong
4 sudu makan air
Sedikit serbuk perasa
Bahan Tumbuk Lumat:
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
**Kalau tiada serbuk lada hitam, boleh guna 1 sudu makan lada hitam biji yg ditumbuk sekali
Cara-caranya:
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan serbuk lada hitam.
- Masukkan kicap, bawang besar dan cili merah.
- Masukkan air. Kacau rata.
- Perlahankan api, masukkan telur satu persatu sambil di salut dengan kuah kicap.
- Tutup api dan hidangkan.
itulah RESEPI TELUR MASAK KICAP BLACKPAPER MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.