RESEPI CUCUR IKAN BILIS MUDAH

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang RESEPI CUCUR IKAN BILIS MUDAH yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai RESEPI CUCUR IKAN BILIS MUDAH yang perlu Anda ikuti.

CUCUR IKAN BILIS
Bahan-Bahannya:
3 cawan tepung
1 biji bawang besar - dipotong dadu

Bahan Kisar:
2 biji bawang besar
1 cawan ikan bilis
1 biji telur
2 sudu teh garam
1/2 blender air

Cara-caranya:
  1. Masukkan semua bahan kisar ke dalam mesin pengisar. Masukkan air hingga separuh blender. Kisar hingga halus.
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga dapat kepekatan yang dikehendaki. Jika tidak cukup air, boleh tambah air lagi.
  3. Bila sudah sebati, masukkan bawang besar dadu sambil diramas-ramas supaya bawang terpisah antara satu sama lain.
  4. Kacau sebati.
  5. Panaskan minyak yang banyak. Jemputkan adunan ke dalam kuali. Goreng hingga warna keperangan.
  6. Ulang langkah 5 hingga adunan habis.
  7. Hidangkan.
*** Cucur ini enak dinikmati bersama sos cili, sambal tumis atau kuah kari. Memang wallaaaaa...



itulah RESEPI CUCUR IKAN BILIS MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.