RESEPI SAMBAL TUMIS TELUR MUDAH

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang RESEPI SAMBAL TUMIS TELUR MUDAH yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai RESEPI SAMBAL TUMIS TELUR MUDAH yang perlu Anda ikuti.

SAMBAL TUMIS TELUR
Bahan-bahannya:
10 biji telur - direbus hingga masak dan dikupas kulitnya.
6 sudu makan cili kering kisar
1/2 sudu makan asam jawa - dicampur dengan secawan air untuk dijadikan air asam jawa
1 biji bawang besar - dipotong bulat kasar
Garam
Serbuk perasa

Bahan Tumbuk Lumat:
1 sudu makan udang kering
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng telur rebus hingga kekuningan. Angkat dan ke tepikan.
  2. Kurangkan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  3. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
  4. Masukkan air asam jawa. Kalau pekat sangat boleh tambah lagi air. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan telur dan bawang besar. Kacau rata.
  6. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata. Masak hingga sambalnya agak pekat.
  7. Tutup api. Hidangkan. 


itulah RESEPI SAMBAL TUMIS TELUR MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.