RESEPI DALCA AYAM MUDAH

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang RESEPI DALCA AYAM MUDAH yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai RESEPI DALCA AYAM MUDAH yang perlu Anda ikuti.

DALCA AYAM
Bahan-bahannya:
1 mangkuk isi ayam - dipotong dadu
1 cawan santan
2 genggam kacang dal - rebus hingga empuk
1 biji cili hijau - potong 1 inci
1 biji kentang - belah 12
1 biji karot- potong mancis
3 biji kacang panjang - potong 1 1/2 inci
1 biji terung bulat - belah 6
1 biji tomato - belah 4
3 sudu makan rempah kari daging
1 bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 tangkai daun kari
2 keping asam gelugor

Bahan tumbuk:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara memasak:


  1. Tumis bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis.
  2. Masukkan bahan tumbuk. tumis hingga wangi.
  3. Masukkan rempah kari daging, daun kari, cili hijau dan sedikit air. Tumis hingga rempah masak dan terbit minyak.
  4. Masukkan isi ayam. Tumis sebentar dan masukkan kacang dal, santan, asam gelugor, kentang dan sedikit air. Masak hingga ayam dan kentang empuk.
  5. Masukkan semua sayur-sayuran. Masak hingga sayur masak. Masukkan garam dan serbuk perasa. 
  6. Tutup api. Sedia untuk dihidangkan.


itulah RESEPI DALCA AYAM MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.