RESEPI KUIH LESUNG BATU MUDAH

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang RESEPI KUIH LESUNG BATU MUDAH yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai RESEPI KUIH LESUNG BATU MUDAH yang perlu Anda ikuti.

KUIH LESUNG BATU
Bahan-Bahannya:
1 cawan tepung pulut
3/4 cawan air bercampur sedikit garam
1 kotak kecil santan pekat
secubit garam
gula pasir secukupnya
Daun pisang
Loyang
Cara-caranya:

  1. Didihkan air untuk mengukus.
  2. Sementara itu lapikkan loyang dengan daun pisang.
  3. Masukkan air bercampur garam sedikit demi sedikit ke dalam tepung pulut sambil diuli hingga adunan tidak lekat di tangan dan besen menjadi bersih.
  4. Saya bahagikan kepada dua bahagian, Sebahagian dicampur dengan warna kuning dan diuli lagi hingga warnanya rata. Sebahagian lagi dicampur dengan warna pink dan diuli hingga warna rata.
  5. Gentelkan bulat-bulat sebesar buah melaka, ditekan tengahnya supaya membentuk lekuk. Susun di atas daun pisang di dalam loyang. 
  6. Ulang langkah 5 hingga habis.
  7. Masukkan gula ke dalam lubang kuih secukupnya.
  8. Masukkan secubit garam ke dalam santan pekat. Kacau hingga garam larut.
  9. Tuangkan secara berhati-hati ke dalam loyang. Pastikan santan tidak termasuk ke dalam lubang berisi gula pasir tu.
  10. Masukkan ke dalam pengukus. Kukus selama 20 minit. (Bila masak, gula pasir akan cair. Jadi kuih ini adalah gabungan rasa manis, lemak dan masin)
  11. Hidangkan.


itulah RESEPI KUIH LESUNG BATU MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.