RESEPI KOEY TEOW GORENG KERANG MUDAH

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang RESEPI KOEY TEOW GORENG KERANG MUDAH yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai RESEPI KOEY TEOW GORENG KERANG MUDAH yang perlu Anda ikuti.

KOEY TEOW GORENG KERANG
Bahan-Bahannya:
1 peket koey teow
Daun kucai - dicuci dan dipotong 1 inci panjang
Semangkuk kecil taugeh
Udang saiz sederhana - ikut suka banyak mana
1 mangkuk kecil isi kerang
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap mee Tamin
3 sudu makan kicap cair
2 sudu makan cili kering kisar
3 sudu makan sos cili
4 ulas bawang putih - diketuk dan dicincang halus
2 biji telur
Sedikit minyak masak

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan telur yang telah dipukul rata. Dikacau sentiasa hingga menjadi telur hancur (scramble). Ketepikan.
  2. Masukkan lagi sedikit minyak. Tumis bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan cili kisar. Kacau hingga pecah minyak. 
  4. Masukkan semua sos dan kicap. 
  5. Masukkan udang dan isi kerang. Kacau rata hingga udang masak.
  6. Masukkan koey teow, kucai dan taugeh. Kacau rata.
  7. Masukkan telur hancur. Kacau rata.
  8. Bila bumbu dan koey teow telah mesra, tutup api dan hidangkan.
** Saya goreng telur secara berasingan kerana saya tidak mahu koey teow goreng saya terlalu kering. Dengan cara ini koey teow saya akan jadi agak lembab.



itulah RESEPI KOEY TEOW GORENG KERANG MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.