RESEPI SAYUR PUCUK MASAK LEMAK MUDAH

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang RESEPI SAYUR PUCUK MASAK LEMAK MUDAH yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai RESEPI SAYUR PUCUK MASAK LEMAK MUDAH yang perlu Anda ikuti.

SAYUR PUCUK MASAK LEMAK
Bahan-bahannya:
3 batang sayur pucuk/ tauhu kering - direndam hingga lembut, kemudian dipotong 2 inci
Secekak suun - direndam hingga lembut, kemudian dipotong 2 inci
6 kuntum bok nee (cendawan hitam kering) - direndam hingga lembut, kalau besar boleh dipotong2
Sedikit Kim Chan - direndam hingga lembut
1 kotak kecil santan pekat
Semangkuk santan cair (Semangkuk air + sesudu santan pekat tadi)
2 biji kentang - di belah 6
2 biji cili merah - dipotong serong
Garam
serbuk perasa


Inilah rupa kimchan...

Bahan Tumbuk Lumat:
Sejemput ikan bilis
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar - saiz sederhana

Cara-caranya:

  1. Masukkan santan cair, bahan tumbuk dan kentang ke dalam periuk. Masak hingga kentang empuk.
  2. Masukkan semua sayur-sayuran dan cili merah. Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan santan pekat, garam dan serbuk perasa. Masak hingga mendidih.
  4. Masukkan suun. Gaul rata hingga suun lembut.
  5. Tutup api. Hidangkan.


itulah RESEPI SAYUR PUCUK MASAK LEMAK MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.