HA! Rangka Ayam Goreng ni selalu kita jumpa di pasar-pasar malam.. Harganya berbeza-beza.. ada yang RM3.50 satu, malah ada juga yang berharga RM5.00 satu..
Apa kata kita buat sendiri.. ermmm.. puas makan kan?
Ok.. Jom! kita semak cara-caranya...
Bahan-bahannya:
4 rangka ayam
2 sudu teh garam
2 sudu makan rempah kari daging
2 biji telur
2 senduk (saya guna senduk nasi) tepung jagung
2 senduk tepung beras
Cara-caranya:
- Cuci rangka ayam. Taburkan garam dan ratakan keseluruh ayam.
- Masukkan serbuk kari daging dan gaul rata. (perapkan dalam peti ais selama 5 jam).
- Pecahkan telur dalam pinggan. (Gunakan bekas besar supaya mudah nak salut pada ayam). Kacau dengan garfu hingga rata.
- Campurkan kedua-dua tepung dan gaul rata. (Juga gunakan bekas yang besar yang muat dimasukkan ayam)
- Celupkan rangka ayam ke dalam telur.
- Masukkan ayam ke dalam bekas tepung dan salut dengan tepung hingga rata.
- Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Goreng tenggelam ayam yang sudah disalut tepung tadi hingga masak. (Gunakan api yang sederhana sahaja)
- Sejatkan minyak pada ayam goreng.
- Hidangkan. Enak dimakan bersama-sama dengan sos cili atau sos tomato.
itulah RESEPI RANGKA AYAM GORENG MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.