RESEPI AYAM MASAK MERAH 2 MUDAH

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang RESEPI AYAM MASAK MERAH 2 MUDAH yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai RESEPI AYAM MASAK MERAH 2 MUDAH yang perlu Anda ikuti.


AYAM MASAK MERAH
Bahan-Bahannya:
1 ekor ayam - digaul garam dan kunyit, digoreng hingga masak
6 sudu makan cili kering kisar
5 sudu makan sup tomato KIMBALL
1/2 cawan susu cair/susu sejat
1 cawan air
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 buah pelaga
2 batang serai - dititik
2 helai daun pandan - disiat dan disimpulkan



Bahan tumbuk lumat:
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih



Cara Memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
  2. Masukkan bahan tumbuk, daun pandan dan serai, tumis hingga wangi.
  3. Masukkan cili kering kisar, tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sup tomato, tumis hingga pecah minyak.
  5. Masukkan air, susu sejat, garam dan serbuk perasa. Kacau rata dan biarkan mendidih.
  6. Masukkan  ayam goreng. Kacau rata dan masak hingga kuah likat.
  7. Tutup api, taburkan bawang goreng dan sedia untuk dihidangkan.




itulah RESEPI AYAM MASAK MERAH 2 MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.