Sambal Ikan Bilis Petai Tempoyak
Bahan
3-4 sudu besar tempoyak
4 papan isi petai
Bahan Tumbuk
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5-8 cili padi
Gula dan garam secukupnya
1 labu bawang besar di hiris nipis.
Segenggam ikan bilis
Sehelai daun kunyit muda diracik halus
1/4 sudu teh serbuk kunyit sebagai pewarna
5 sudu minyak masak utk menumis
Cara :
Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau.
Masukkan tempoyak, ikan bilis, petai dan sedikit air tunggu sehingga petai layu / masak.
Masukkan bawang besar, daun kunyit dan serbuk kunyit. Tunggu sehingga daun kunyit layu.
Hidang bersama nasi putih dan ulaman.
Sambal Ikan Bilis Petai Tempoyak
itulah Resipi Sambal Ikan Bilis Petai Tempoyak Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.