Kuih Beroncong
Sumber : FB MAHI
Bahan-bahan
250 gm tepung gandum
200 gm kelapa parut muda
100 gm gula
1 biji kuning telur
500 ml air
1/2 sudu kecil garam halus
Sedikit kelapa parut muda untuk taburan
Pandan Pes - jika suka
Acuan Pukis atau muffin - leser minyak dan panaskan di atas dapur
Cara membuatnya :
Masukkan tepung gandum, kuning telur, air, gula dan garam ke dalam pengisar, kisar sebentar.
Kemudian masukkan kelapa parut, kisar hingga sebati.
Panaskan acuan hingga minyak berdesir. Tuang adunan hingga penuh, kemudian tutup.
Bakar dengan api perlahan. Bila permukaan hampir mengering, tabur sedikit kelapa parut muda diatasnya.
Tutup semula dengan penutup dan biarkan adunan mengering dan masak.
Sejukkan dahulu sebelum di keluarkan dari acuan.
Kuih Beroncong
itulah Resipi Kuih Beroncong Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.