Ham Chim Paeng / Roti Goreng Kacang Merah
Sumber : Chef Thayaga@Kari Leafs
Bahan A
40 gm tepung gandum
40 ml air
1 sudu kecil cuka makan
Satukan semua dalam mangkuk kecil, gaul rata. Tutup dengan plastic wrap dan biarkan semalaman pada suhu bilik.
Bahan B
1/2 sudu kecil gula kaster
1/4 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil tepung gandum
1 sudu besar air suam
Larutkan gula dan yis ke dalam air suam. Tabur tepung dan biarkan selama 10-15min hingga yis kembang dan berbuih kecil.
Bahan C
125 gm tepung roti (high protein)
55 gm tepung gandum
1/4 sudu teh soda bicarbonate
35 gm gula kaster
1 sudu kecil garam halus
Secubit serbuk ammonia (optional)
120 ml air
Pes Kacang Merah, Bijan Putih
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara :
Ayak kedua tepung ke dalam mangkuk besar. Masukkan soda bicarbonate, ammnonia, gula dan garam. Gaul rata.
Masukkan bahan A dan bahan B. Tambah air sedikit demi sedikit. Gaul dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan melekit.
Tutup adunan dengan plastik wrap dan biarkan selama 1 1/2 jam sehingga doh mengembang sekali ganda.
Tabur tepung gandum di papan pencanai dan lumur tangan dengan tepung, Uli doh memanjang dan potong kepada 6 bahagian.
Masukkan inti kacang di tengahnya dan bulatkan. Spray sedikit air di permukaan doh dan tabur dengan bijan.
Tekan atau leperkan doh sebelum di goreng.
Panaskan minyak, goreng terendam dengan api sederhana panas hingga keperangan.
Ham Chim Paeng / Roti Goreng Kacang Merah
itulah Resipi Ham Chim Paeng / Roti Goreng Kacang Merah Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.