Resipi Pau Kelapa Sedap

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang Resipi Pau Kelapa Sedap yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai Resipi Pau Kelapa Sedap yang perlu Anda ikuti.


Pau Kelapa

Inti Kelapa
200gm kelapa parut muda
1/4 sudu teh garam
80gm gula pasir
150ml air + 2 sudu kecil sirap rose
3 helai daun pandan - potong kecil
1 sudu teh tepung pulut
sedikit pewarna hijau

Cara-Cara :
Masukkan kelapa parut, garam, gula dan air sirap ros ke dalam kuali.   Masak hingga air hampir kering.
Tabur dengan tepung pulut, gaul rata.  Angkat dan sejukkan.


Doh Pau
250gm Tepung Superfine MFM atau Tepung Pau
1 sudu kecil yis
3/4 sudu teh baking powder
50gm gula kaster
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil pelembut roti (bread softner)
120ml air suam
20gm shortening

Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan kecuali air di dalam mixer. Gaul rata dan masukkan air sedikit-sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.
  2. Tutup dengan kain dan rehatkan selama 15minit.
  3. Timbang adunan 35-40gm setiap satu sebanyak 11 biji. 
  4. Masukkan inti dan tutup, bulatkan kembali doh dan letak di atas kertas pelapik.
  5. Susun di dalam pengukus dan rehatkan selama 20 minit lagi sehingga mengembang.
  6. Untuk bentuk kipas, gunting 8 penjuru dan kelepekkan ke atas.
  7. Panaskan pengukus dan kukus selama 10 minit dengan api besar.

Pau Kelapa
itulah Resipi Pau Kelapa Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.