Resipi Kaswi Labu Sedap

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang Resipi Kaswi Labu Sedap yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai Resipi Kaswi Labu Sedap yang perlu Anda ikuti.


Kaswi Labu 
Resipi :  Kak Fida@Myresipi
Olahan : K1

Bahan-bahan
300gm labu
200gm gula pasir
250ml santan kotak
150gm tepung ubi
150gm tepung gandum
25g tepung jagung
350ml air
1 sudu teh garam
2 helai daun pandan

Kelapa parut putih + sedikit garam (kukus sebentar selama 5 minit)

Loyang 9 x 9 di alas plastik tahan panas atau acuan lompang di gris minyak

Penyediaan :

  1. Potong labu, buang kulit dan kukus hingga lembut.
  2. Masak santan, gula, garam dan daun pandan hingga gula larut.  Keluarkan daun pandan.
  3. Masukkan isi labu ke dalam pengisar, air dan santan tadi.  Kisar hingga halus.
  4. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kisar hingga sebati dan halus.
  5. Tuang ke dalam loyang.
  6. Panaskan pengukus dan kukus selama 30 minit hingga masak.
  7. Sejukkan dahulu sebelum di potong dan di gaul dengan kelapa parut.


Kaswi Labu
itulah Resipi Kaswi Labu Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.