Resipi Italian Tiramisu Sedap

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang Resipi Italian Tiramisu Sedap yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai Resipi Italian Tiramisu Sedap yang perlu Anda ikuti.


Italian Tiramisu

Bahan-bahan
Biskut sponge fingers secukupnya

Filling
2 kuning telur
60 gm gula kaster
1 sudu besar susu segar
1 sudu besar gelatine + 50ml air panas
250 gm mascorpone atau Phil cream cheese
125 ml UHT whipping cream - pukul hingga pekat

Sirap Kopi
2 sudu besar serbuk kopi atau espresso
4 sudu besar gula kaster
100 ml air panas
1 tsp serbuk koko (optional)
(Campurkan semua, kacau hingga gula larut)

Hiasan : serbuk koko



Cara-cara:
  1. Masak secara double boiler kuning telur dan gula.  Kemudian masukkan susu segar, kacau sehingga telur berubah warna.   Ketepikan.
  2. Larutkan gelatin dengan air panas, masukkan ke dalam kuning telur. Gaul sebati.
  3. Kacau mascorpone cheese dengan sudip kayu (jika menggunakan Phil cream cheese, pukul dengan whisk kerana teksturnya lebih padu) hingga lembut dan tidak berketul.
  4. Masukkan adunan kuning telur, kacau rata.  Kemudian kaup balikkan dengan whipping cream, perlahan-lahan hingga sebati.  Masukkan ke dalam piping bag dan simpan sebentar di dalam peti sejuk.
  5. Celup biskut sponge fingers di dalam sirap kopi, jangan terlalu lama nanti biskut hancur.
  6. Susun biskut tadi ke dalam acuan yang di alas plastik supaya senang mengeluarkannya. 
  7. Paip 1/2 adunan cream cheese ke atasnya dan ratakan. Ulang lapisan biskut dan cream cheese hingga habis.
  8. Simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau lebih.
  9. Hias dengan serbuk koko sebelum dihidangkan.
Jika menggunakan cream cheese Phil, campur 3 sudu besar sour cream (krim masam) dan 2 sudu besar whipping cream untuk mendapatkan rasa seakan Mascorpone cheese.

Italian Tiramisu
itulah Resipi Italian Tiramisu Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.