Ubikayu Goreng Merekah
Bahan-bahan
1/2kg ubikayu kuning - potong 1 1/2in
3 ulas bawang putih - di ketuk
1 sudu teh biji ketumbar - jika suka
Air ais secukupnya untuk merendam
Minyak untuk mengoreng
Penyediaan :
Rebus ubikayu dengan biji ketumbar dan bawang putih hingga separuh masak, tapi jangan sampai lembik.
Kemudian rendam di dalam air ais hingga merekah. Keluarkan bawang dan biji ketumbar.
Toskan dan simpan sebentar di dalam peti sejuk.
Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana hingga keperangan.
Ubikayu goreng merekah juga boleh di hidang bersama parutan keju atau di makan begitu saja. Bahagian kulit luarnya rangup dan isinya sangat lunak dan lembut. Perisa dari bawang putih dan ketumbar menambahkan kelazatan resipi ubikayu goreng yang ringkas ini.
Ubikayu Goreng Merekah
itulah Resipi Ubikayu Goreng Merekah Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.