Cek Mek Keledek Ungu
Bahan-bahan
2 cawan isi keledek ungu (300gm)
1/3 cawan tepung gandum (40gm)
1/4 sudu teh garam
Gula pasir secukupnya
Air rebusan ubi secukupnya
Minyak secukupnya untuk mengoreng
Cara-cara :
Cuci bersih keledek. Rebus hingga empuk. Toskan dan simpan air rebusan ubi untuk di gunakan kemudian.
Lecek ubi ketika masih panas. Gaul bersama tepung dan garam.
Masukkan air rebusan ubi sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut dan tidak melekat di jari.
Ambil doh seberat (30gm), leperkan dan masukkan satu sudu kecil gula pasir. Tutup doh dan bentukkan bujur.
Panaskan minyak dan goreng hingga permukaan perang.
Cek Mek Keledek Ungu
itulah Resipi Cek Mek Keledek Ungu Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.