Resipi Talam Ubikayu Sedap

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang Resipi Talam Ubikayu Sedap yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai Resipi Talam Ubikayu Sedap yang perlu Anda ikuti.


Talam Ubikayu
Resepi Chef Asma
Sumber :  Puan Tahrunnisah Jali

Bahan Lapisan Bawah
700 gm parutan ubi kayu
100 ml santan pekat
300 ml air
250 gm gula castor
1/2 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning

Loyang 10x10 - gris minyak dan alas plastik tahan panas

Penyediaan :
  1. Satukan kesemua bahan-bahan kedalam periuk dan kacau rata.  
  2. Masak dengan api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga adunan hampir memekat tetapi masih dapat di tuang ke dalam loyang.
  3. Tuang ke dalam loyang, ratakan dan kukus selama 25 minit.
Bahan Lapisan Atas
100 gm tepung beras
50 gm tepung ubi
50 gm tepung gandum
2 sudu kecil garam
300 ml santan pekat
800 ml air

Penyediaan :
  1. Satukan semua bahan, kacau rata.  Tapis ke dalam periuk.
  2. Masak sehingga naik wap.
  3. Bila bancuhan sedikit berketul di bahagian bawah, tutup api dan kacau dengan whisk hingga licin.
  4. Tuang ke atas lapisan bawah.  Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit.
  5. Biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum di potong menggunakan pisau plastik.


Talam Ubikayu
itulah Resipi Talam Ubikayu Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.