Resipi Nasi Ulam Kelantan Sedap

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang Resipi Nasi Ulam Kelantan Sedap yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai Resipi Nasi Ulam Kelantan Sedap yang perlu Anda ikuti.


Nasi Ulam Kelantan

Bahan-bahan
4 cawan nasi sejuk - leraikan

Bahan Tumbuk Halus
4 ulas bawang merah
4 hiris halia
2 hiris temulawak
2 hiris kunyit
1 sudu kecil lada hitam
1 batang serai - ambil bahagian putih, hiris halus
Gula dan garam secukupnya
1 ekor ikan kembung / kerisi, bakar dan ambil isinya
1 cawan kelapa parut, sangai hingga perang
Sedikit budu

Penyediaan :
Tumbuk kasar isi ikan.  Ketepikan ke dalam mangkuk.
Kemudian tumbuk kelapa parut hingga halus tetapi jangan sampai pecah minyak.   Satukan bersama isi ikan.
Tumbuk pula serai hingga lumat.  Masukkan garam dan gula di ikuti lada hitam, halia, kunyit, temulawak dan bawang merah, tumbuk hingga halus.  Gaul bersama isi ikan, budu dan kerisek kelapa.  Perasakan secukupnya.  Ketepikan.

Ulam-ulaman - Hiris halus
10 helai daun serai kayu
1 batang serai, ambil bahagian putih
1/2 batang timun
1 tangkai kacang panjang
1 kelopak kobis
1 kuntum bunga kantan
3 ulas bawang merah
3 tangkai daun pudina
2 tangkai daun kesum
1 tangkai daun ketumbar
4-5 tangkai cili api jika suka pedas

Lain-lain ulaman jika suka, daun kaduk, daun cekur, daun selasih, daun kunyit muda, daun limau purut.

Penyediaan Nasi Ulam  :  Masukan nasi ke dalam bekas besar, diikuti bahan tumbuk, gaul rata. Kemudian gaul dengan hirisan ulam-ulaman hingga rata.


Hidang bersama sambal belacan, perahan limau kasturi, ikan goreng celup tepung, telur masin,  daging atau ayam bakar atau masakan bergoreng seperti udang dan ayam.

Nasi Ulam Kelantan
itulah Resipi Nasi Ulam Kelantan Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.