Resipi Sup Tauhu Jepun / Japanese Bean Curd Soup Sedap

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang Resipi Sup Tauhu Jepun / Japanese Bean Curd Soup Sedap yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai Resipi Sup Tauhu Jepun / Japanese Bean Curd Soup Sedap yang perlu Anda ikuti.


Sup Tauhu Jepun / Japanese Bean Curd Soup

Bahan-bahan
1 tub tauhu jepun - potong
2 ulas bawang putih cincang
2 ulas bawang merah - mayang
2 hiris halia - potong lidi
100gm isi ayam - cincang halus
2 kelobak bok choy (kobis cina)
Bunga Lily Kering
50gm Suhun
50gm fucuk
5 cendawan hitam kering
1/2 sudu besar stok ayam atau 1/2 kiub ayam
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
Air secukupnya
Daun bawang dan daun sup - hiris
Sedikit minyak untuk menumis

Penyediaan :

  1. Rendam Suhun, Fucuk dan Cendawan hitam dalam air panas hingga kembang, Toskan.
  2. Panaskan minyak di dalam periuk.  Goreng bawang putih dan bawang merah hingga perang, Masukkan halia dan isi ayam.  Masak hingga ayam berubah warna.
  3. Masukkan air dan masak hingga mendidih.
  4. Masukkan cendawan, kobis cina, bunga lili, suhun dan fucuk.
  5. Perasakan dengan stok ayam dan serbuk lada sulah.
  6. Masak sebentar sehingga semuanya lembut.  Akhir sekali masukkan tauhu jepun.  Tutup periuk dengan penutup dan biar mendidih sebentar.  Jangan mengacaunya supaya tauhu tidak pecah.
  7. Untuk hidangan, masukkan sup ke dalam mangkuk dan tabur daun sup dan daun bawang hiris.

Sup Tauhu Jepun / Japanese Bean Curd Soup
itulah Resipi Sup Tauhu Jepun / Japanese Bean Curd Soup Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.