Biskut Ais Cream / Ice Cream Cookies
Bahan-bahan
260gm mentega
120gm gula aising
320gm tepung cap rose
20gm tepung kastard
80gm tepung jagung
1/2 sudu teh serbuk penaik
50gm serbuk badam - di sangai dahulu
Hiasan : Coklat Masakan Cair dan manik gula
Kuning telur untuk sapuan
Penyediaan :
- Putar mentega, gula aising dan pewarna hingga berkrim.
- Masukkan kesemua tepung, serbuk badam dan serbuk penaik. Uli hingga menjadi doh.
- Rehatkan doh selama 15 minit. Canai dan terap menggunakan penerap aiscream.
- Sapu dengan kuning telur dan bakar pada suhu 150C selama 15-20 minit.
- Sejukkan dahulu sebelum di celup coklat masakan cair dan di tabur manik gula sebagai hiasan.
Biskut Ais Cream Ice Cream Cookies
itulah Resipi Biskut Ais Cream / Ice Cream Cookies Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.