Resipi Mee Jawa Sedap

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang Resipi Mee Jawa Sedap yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai Resipi Mee Jawa Sedap yang perlu Anda ikuti.


Mee Jawa

Bahan-bahan
1kg Mee kuning - celur dan tos
300gm taugeh - celur dan tos
200gm daging - di hiris dan rebus dan airnya di simpan untuk stok
5 ekor udang - buang kulit
4 biji telur - di rebus
2 keping tauhu - di goreng dan di hiris
Daun sup - hiris
Cili merah dan hijau - hiris
Bawang goreng

Bahan Kuah
1/2 kg keledek oren - di rebus dan kisar halus
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
3 batang serai - ambil putih sahaja *
2 hiris halia *
2 hiris lengkuas *
100gm udang kering *
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar serbuk kari daging
Air rebusan daging secukupnya
Garam dan gula secukupnya

Penyediaan :
  1. Kisar bahan bertanda * hingga halus. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan serbuk kari dan kacau hingga naik minyak.
  3. Masukkan air rebusan, daging dan keledek kisar.
  4. Masukkan udang dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.  Biar mendidih sebentar.
  5. Angkat dan hidang mee bersama kuah, taugeh, telur, tauhu, daun sup, cili dan bawang goreng.

Mee Jawa
itulah Resipi Mee Jawa Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.