Resipi Pulut Manga Thai / Thai Mango Sticky Rice Sedap

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang Resipi Pulut Manga Thai / Thai Mango Sticky Rice Sedap yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai Resipi Pulut Manga Thai / Thai Mango Sticky Rice Sedap yang perlu Anda ikuti.


Pulut Manga Thai / Thai Mango Sticky Rice

Bahan-bahan
1 1/2 cawan beras pulut - cuci, rendam semalaman
1 cawan santan kotak KARA
1/4 cawan air
1 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan simpul

Sos Santan
1 cawan santan kotak
1/4 cawan air
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung jagung / tepung ubi

- Satukan semua bahan dan masak dengan api kecil hingga pekat.  Sentiasa kacau.

3 biji buah manga, kupas dan potong
Taburan :  Kacang hijau tanpa kulit - sangai hingga perang

Penyediaan :
  1. Cuci dan tos pulut.  Kukus selama 45minit hingga masak.
  2. Sementara itu, satukan santan, air, gula pasir, garam dan daun pandan.  Masak hingga gula larut. Keluarkan daun pandan.
  3. Masukkan pulut kukus ke dalam periuk dan tuang santan, gaul rata. Tutup periuk dan biarkan pulut menyerap santan selama 1 jam.
  4. Untuk menghidang, letak pulut di dalam pinggan bersama hirisan manga.  Tuang sos santan dan tabur kacang hijau sangai.
Pulut Manga Thai / Thai Mango Sticky Rice
itulah Resipi Pulut Manga Thai / Thai Mango Sticky Rice Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.