Bahan-Bahannya:
4 sudu makan rempah kari daging FAIZA}
2 sudu makan rempah kari ikan FAIZA } - dicampur dengan sedikit air hingga menjadi pes
1 sudu makan serbuk cili }
2 tangkai daun kari
2 kiub ayam ADABI
1 sudu makan asam jawa - dicampur dengan sedikit air hingga menjadi pes yang pekat
4 cawan air
Gula
Garam
3/4 cawan minyak
Bahan Tumbuk Lumat:
4 ulas bawang putih
4 biji bawang besar saiz sederhana
1 inci halia
Cara-Caranya:
- Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga kekuningan.
- Masukkan daun kari dan campuran pes kari. Tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan air. Biarkan mendidih.
- Masukkan kiub ayam, air asam jawa, gula dan garam. Biarkan kuah terus mendidih dan pekat.
- Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
*** Kuah kari mamak ini sedap dimakan bersama nasi dan ayam goreng mamak.
Selamat mencuba.
itulah RESEPI KUAH KARI MAMAK MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.