Baha-Bahannya:
300 g udang - sederhana besar (nak guna saiz besar pun boleh)
1 biji nenas muda - saiz kecil
2 batang serai - dititik
1 mangkuk santan pekat
Bahan Tumbuk Lumat:
Segenggam cili api
2 inci kunyit hidup
1 biji bawang merah - saiz sederhana
Cara Memasak:
- Masukkan bahan tumbuk, nenas, serai dan santan ke dalam periuk.
- Masak di atas api sedehana. Sentiasa dikacau sehingga mendidih.
- Masukkan udang, garam dan sedikit serbuk perasa.
- Masak lagi dalam 5 minit.
- Tutup api. Sedia untuk dihidang.
itulah RESEPI MASAK LEMAK CILI API UDANG-NENAS MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.