RESEPI APAM SUSU MUDAH

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang RESEPI APAM SUSU MUDAH yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai RESEPI APAM SUSU MUDAH yang perlu Anda ikuti.


APAM SUSU
Bahan-Bahannya:
4 biji telur (saya guna 5 biji telur saiz B)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besat ovellete
1 cawan gula halus -(saya guna 3/4 cawan)
4 sudu besar susu pekat
2 cawan tepung gandum - (saya ayak dulu)

Cara-caranya:
 Masukkan telur, esen vanilla, ovellete, gula

 Pukul guna speed maksimum sehingga kembang.
Ini belum kembang lagi ye...

 Ini sudah kembang, gebu dan putih...

 Masukkan susu, pukul rata.
Masukkan pula tepung dan pukul rata...

 Bahagikan adunan tepung kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut kesukaan masing-masing..
Lengserkan loyang dengan sedikit minyak masak.
Letak sesenduk adunan di bahagian tengah-tengah loyang..

 Lapiskan dengan warna adunan yang kedua..

 Lapiskan pula dengan warna adunan yang ketiga..

 Ulang kerja-kerja melapis sehingga habis semua adunan tepung..



 Nak bagi cantik lagi, saya lorekkan menggunakan lidi satay..
Dari bahagian tengah tarik lidi ke bahagian tepi.. 
Bersihkan lidi menggunakan tisu setiap kali sebelum membuat lorekan yang baru dan ulang kerja melorek . (Lorek kepada beberapa bahagian yang sama besar saiznya)
Kemudian lorek di antara dua lorekan tadi dari bahagian tepi ke bahagian tengah loyang.. 
Ulang hingga habis.

 Kukus sehingga apam masak iaitu selama 45 minit.
(Pastikan air kukusan sudah dididihkan dahulu sebelum mengukus apam.)

 Setelah masak, sejukkan baru dikeluarkan dari loyang..

TARRAAAAA....

itulah RESEPI APAM SUSU MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.