Bahan-Bahannya:
Tempe - dikelar-kelar dan dipotong dua.
Bahan Tumbuk:
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan manis
2 inci kunyit hidup
1 sudu teh garam
Cara-Caranya:
- Masukkan sedikit air (lebih kurang 2 sudu makan) ke dalam bahan tumbuk.
- Salutkan tempe dengan bahan tumbuk.
- Goreng dalam minyak yang panas sehingga warna menjadi keemasan..
- Hidangkan bersama-sama sambal kicap.
itulah RESEPI TEMPE GORENG MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.