Bahan-Bahan:
3 cawan tepung gandum
3 cawan santan - (saya guna 1 cawan santan pekat + 2 cawan air)
1 1/2 sdt garam
1 biji telur
pewarna (saya guna hijau epal dan pink)
Cara-caranya:
- Campurkan semua bahan, gaul rata.
- Masukkan ke dalam blender, kisar sebati.
- Bahagi adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dititiskan dengan warna hijau. Kacau sebati. Satu bahagian lagi dititiskan dengan warna pink. Kacau sebati.
- Masukkan adunan tadi ke dalam botol acuan roti tikar.
- Panaskan kuali. Guna api perlahan. Kalau guna kuali biasa, oleskan sedikit minyak masak pada kuali. (Saya guna non-stick pan)
- Tuangkan adunan supaya membentuk tikar seperti gambar di atas. Biarkan masak. (Tak perlu di terbalikkan. Cukup bila tepung di bahagian atas kering)
- Angkat tikar. Gulungkan.
- Ulang langkah hingga adunan habis. (Nampak tak tikar yang semua warna pink tu? Itu kerana adunan hijaunya sudah habis... hihihi..)
- Hidangkan roti tikar ni dengan kuah kari. Yummyyyyyyy!!!!!
itulah RESEPI ROTI TIKAR MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.