RESEPI KUIH LAPIS TRADISIONAL MUDAH

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang RESEPI KUIH LAPIS TRADISIONAL MUDAH yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai RESEPI KUIH LAPIS TRADISIONAL MUDAH yang perlu Anda ikuti.

KUIH LAPIS TRADISIONAL
Bahan-bahannya: (Loyang 7 inci)
1 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
2 cawan santan
1/2 cawan gula
1/4 sudu teh garam
pewarna merah

Langkah-langkahnya:

  • Didihkan air dalam periuk kukus.
  • Sementara itu, balut loyang dengan kertas aluminium.
  • Masukkan 1 sudu teh minyak masak ke dalam loyang dan oles rata. Tujuannya supaya kuih tidak melekat. 


  • Masukkan semua bahan kecuali pewarna merah ke dalam mangkuk dan kacau rata.
  • Kemudian masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati. Tujuan dikisar supaya tepung tidak bergentel.
  • Bahagi dua adunan tepung tadi. 
  • Satu bahagian dimasukkan pewarna merah. Kacau rata.
  • Masukkan loyang ke dalam pengukus. Masukkan 1 senduk sayur adunan berwarna putih. Ratakan. Masak selama 2 minit.
  • Masukkan pula 1 senduk sayur adunan merah. Ratakan. Masak selama 2 minit.
  • Buatlah selapis demi selapis hingga adunan tepung habis.
  • Lapisan terakhir dimasak selama 20 minit.
  • Keluarkan loyang dari periuk kukus dan sejukkan, baru dipotong dan dihidangkan.


itulah RESEPI KUIH LAPIS TRADISIONAL MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.