RESEPI BAKSO MUDAH

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang RESEPI BAKSO MUDAH yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai RESEPI BAKSO MUDAH yang perlu Anda ikuti.

BAKSO
Bahan-Bahannya: (untuk 7 - 8 orang)

1/2 bungkus bihun - dicelur hingga lembut dan disejatkan
1 bungkus mee kuning - dicuci 3 kali, dicelur sebentar aje dan disejatkan
50 sen taugeh
1/4 buku kobis - dihiris halus
Daun sup - diracik halus
Daun bawang - diracik halus
3sudu makan lada sulah/lada putih biji - dikisar kering hingga halus

Bahan Untuk Kuah:
1 kilo tulang lembu
1 bungkus rempah sup tulang ADABI
1 bungkus rempah sup bunjut ADABI
2 batang serai - dititik
2 helai daun salam (ini kalau ada. Saya gantikan dgn daun bay kering)
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
5 biji buah keras
1 inci halia
2 sudu teh serbuk lada sulah (ambil dari yang dikisar di atas)
Garam
Serbuk perasa


Bahan Untuk Bebola Daging:
500 g daging cincang
3 biji bawang merah - diracik halus
2 ulas bawang putih - diracik halus
50 g tepung ubi/ tepung jagung
1 biji putih telur
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit garam

Cara-caranya:

  1. Gaulkan semua bahan untuk bebola hingga sebati.
  2. Bulat-bulatkan adunan daging hingga habis. 
  3. Simpan lebih kurang sejam dalam peti ais.
Cara-cara Untuk Kuahnya:
  1. Rebus tulang lembu, rempah sup tulang dan rempah sup bunjut hingga dagung pada tulang empuk.
  2. Tumbuk lumat halia, buah keras, bawang merah dan bawang putih.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk dan serbuk lada sulah  hingga wangi.
  4. Masukkan ke dalam periuk sup dan teruskan merebus hingga mendidih.
  5. Masukkan bebola daging tadi. Biarkan masak hingga bebola daging timbul.
  6. Masukkan garam dan serbuk perasa.
  7. Masukkan sedikit daun sup dan daun bawang.
  8. Tutup api dan hidangkan

Bahan Untuk Sambal Kicap:
25 biji cili api
2 - 3 ulas bawang putih
Kicap pekat manis

Cara Memasak:
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan semua cili dan bawang putih. Tutup segera kuali anda. 
  2. Bila sudah tiada lagi letupan dalam kuali, alihkan tudung kuali dan kacau cili supaya masak rata. 
  3. Bila semua cili dah layu, angkat dan ke tepikan. (Ada petua supaya dipatahkan sikit cili tu sebelum digoreng supaya tidak meletop tapi saya kadang-kadang tu malas. Tutup ajelah kuali tu dengan tudung periuk. hahaha...)
  4. Masukkan cili goreng tadi ke dalam lesung dan tumbuk hingga lumat.
  5. Masukkan cili tumbuk ke dalam mangkuk dan curahkan kicap manis. Kacau rata.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

itulah RESEPI BAKSO MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.