RESEPI LAKSA KEDAH MUDAH

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang RESEPI LAKSA KEDAH MUDAH yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai RESEPI LAKSA KEDAH MUDAH yang perlu Anda ikuti.

LAKSA KEDAH
Bahan-Bahannya: (Untuk 8 - 10 orang makan)
2 bungkus laksa - Kalau guna laksa basah, basuh laksa dan celur dengan air mendidih. Jika guna laksa kering, rendam laksa hingga lembut. Kemudian direbus hingga laksa betul2 lembut seperti arahan pada bungkusan laksa.

10 ekor ikan kembung
10 ekor ikan selayang (Ikan sardin)
18 - 20 keping asam gelugor
30 biji bebola ikan - dibelah dua  (pilihan... ini adalah olahan keluarga saya. Bila buat laksa mesti masukkan fishball...)
1 ikat daun kesom
3 kuntum bunga kantan
Garam
Perasa

Bahan Kisar (A):
2 biji bawang besar
3 inci belacan bakar
4 sudu makan cili kering kisar

Bahan Ulam:
1 ikat daun selom - di hiris
1 biji timun - dihiris mancis
Daun salad - dihiris
10 biji cili api - dipotong bulat
1 biji bawang besar - dimayang nipis
Telur - dibelah dua
Limau Kasturi - dibelah dua

Cara-caranya:

  1. Ikan dibuang kepala dan ekor. Dibersihkan. 
  2. Masukkan ikan ke dalam periuk. Masukkan air setakat paras ikan sahaja. Masukkan 10 keping asam gelugor. Rebus ikan hingga mendidih dan ikan masak. Sejukkan.
  3. Asingkan isi ikan dan tulang. Isi ikan dimasukkan ke dalam blender. Masukkan air hingga 3/4 penuh. Kisar halus.
  4. Tapiskan air rebusan ikan tadi (untuk pastikan tiada tulang tertinggal dalam air rebusan ikan tadi). Masukkan ke dalam periuk.
  5. Masukkan ikan kisar ke dalam periuk yang sama.
  6. Masukkan tulang ikan rebus tadi ke dalam blender. Masukkan air sehingga 3/4 penuh. Kisar. Tapiskan air tulang yang dikisar tadi. Buang tulang ikan. Air tulang ikan dimasukkan ke dalam periuk.
  7. Masukkan bahan kisar (A) ke dalam periuk.
  8. Tambah air sebanyak 3/4 penuh blender ke dalam periuk.
  9. Masukkan 8 keping asam gelugor. (Kalau kurang masam, boleh tambah lagi asam gelugor). Masak hingga mendidih.
  10. Masukkan daun kesom, bunga kantan dan fishball. Masak lagi hingga mendidih.
  11. Masukkan garam dan bahan perasa secukupnya. Kacau rata.
  12. Tutup api. Hidangkan.


itulah RESEPI LAKSA KEDAH MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.