RESEPI BUBUR SOM-SOM MUDAH

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang RESEPI BUBUR SOM-SOM MUDAH yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai RESEPI BUBUR SOM-SOM MUDAH yang perlu Anda ikuti.

BUBUR SOM-SOM
Bahan-Bahannya:
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung
5 helai daun pandan - dipotong pendek2 dan dikisar dengan 100 ml air. Ditapis dan diambil pati pandannya.
400 ml santan pekat + 1200 ml air (apa yg saya buat ialah menjadikan air pandan + santan + air = 1700 ml)
2 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna hijau

Cara-caranya:

  1. Campurkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau rata.
  2. Nyalakan api. Kacau sentiasa sehingga menggelegak dan bubur nampak berkilat.
  3. Masukkan ke dalam mangkuk atau acuan yang digemari. Sejukkan.
  4. Hidangkan bersama air gula merah.

SIRAP GULA MERAH/ GULA MELAKA
Bahan-bahannya:
500 g gula merah / gula melaka
1000 ml air
2 helai daun pandan - simpulkan

Cara-caranya:

  1. Campurkan semua bahan.
  2. Masak atas api hingga gula merah larut. Tapiskan dan sejukkan.


itulah RESEPI BUBUR SOM-SOM MUDAH ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.