Resipi Jus Kedondong Asam Boi Sedap

Myresipimudah - hari ini saya kembali memberikan maklumat tentang Resipi Jus Kedondong Asam Boi Sedap yang perlu anda cuba. Anda boleh memperoleh resipi masakan ini dalam kategori .

Langsung saja berikut adalah butiran lengkap mengenai Resipi Jus Kedondong Asam Boi Sedap yang perlu Anda ikuti.


Jus Kedondong Asam Boi
Resipi :  CMG@Dapur Tanpa Sempadan

Bahan-bahan
12 biji buah kedondong
10 biji asam boi jenis putih
4 biji limau kasturi, perah jusnya
3 liter air mineral (atau air masak), kurang lebih
Gula secukup rasa
Ais kiub secukupnya

Penyediaan :
  1. Rebus 5 biji asam boi dengan 1 liter air dan 2 camca besar gula pasir hingga gula larut. Sejukkan. Sementara itu cuci buah kedondong hingga bersih (sental kulit buah dengan berus hingga kelihatan hijau). Potong kecil isi buah dan buang bijinya. Ketepikan.
  2. Kikis isi asam boi yang telah direbus tadi, buang bijinya. Air rebusan digunakan untuk mengisar buah kedondong dan tapis dalam jug. Tambah baki air mineral tadi, kacau dan rasa, jika kurang manis boleh tambah gula.
  3. Masukkan jus limau kasturi dan baki 5 biji asam boi. Kacau dan biarkan sekejap. Tambah ais kiub secukupnya dan boleh hidangkan.
  4. Sedap diminum sejuk.
Jus Kedondong Asam Boi
itulah Resipi Jus Kedondong Asam Boi Sedap ala saya semoga resipi ini boleh bermanfaat untuk anda dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan selalu update resipi-resipi terbaru untuk anda.